Pages

Kerjaya Jurutera Mekanikal

Secara umum Kerjaya Jurutera mekanikal adalah dalam bidang perindustrian dan pembinaan peralatan. Tugas umum adalah merekacipta peralatan atau produk dengan kos optimum dan selamat digunakan.Menyelia proses pemasangan menurut spesifikasi yang telah ditetapkan. Kaji selidik serta Memperbaiki kelemahan peralatan atau binaan mesin.

 Tugas sebenar Jurutera Mekanikal adalah berpandu di mana tempat ia bekerja. Sebagai contoh mudah  

Tugas Jurutera Mekanikal bahagian penyelenggaraan industri peleburan besi
 -Mengurus kumpulan penyelenggaraan (penyelia dan juruteknik)
-Membuat jadual penyelenggaraan berkala dan memastikan ia dilaksanakan
 -Menyelesaikan masalah secepat yang boleh -Mendidik kumpulan untuk melaksana kerja dengan cekap -Melakukan analisis terhadap kelemahan peralatan
-Mengubah suai peralatan
-Berurusan dengan pembekal untuk mendapatkan alat ganti dan nasihat  

Kerjaya jurutera mekanikal bahagian penyelenggaraan ini banyak terlibat dengan sistem pneumatik, hydraulik, fabrikasi logam, gas yang mudah terbakar dan juga sistem penyejukan air. Kejaya yang mencabar mental fizikal amat baik untuk menimba pengalaman terutama orang muda baru tamat pembelajaran.

Ustaz Azhar Idrus penjelasan tentang nikah dua kali

Isu tentang Wawa Zainal dan Airel Zafrel bernikah dua kali dengan isteri yang sama bukan isteri yang kedua ya. Apa yang di ketahui pernikahan pertama adalah pernikahan tanpa dokumen tetapi mengikut hukum syarak dan ia di rahsiakan kepada umum atas sebab tertentu dan pernikahan kedua adalah mengikut prosedur undang-undang malaysia pernikahan yang ada dokumen. Berikut adalah penjelasan tentang nikah dua kali oleh Ustaz Azhar Idrus

Belajar membaca Al Quran di rumah

Al Quran adalah kitab suci bagi umat islam, membaca Al Quran amat banyak manfaatnya. Belajar membaca Al Quran amatlah dituntut kepada semua umat islam. Akademi kemahiran Al Quran ada menyediakan perkhidmatan pembelajaran membaca Al Quran , menariknya guru yang mengajar boleh datang ke rumah atau lokasi yang dipilih oleh peserta yang ingin belajar membaca Al Quran.

Kaedah ini amat sesuai kepada masyarakat masa kini yang sibuk dengan urusan seharian. Maklumlah kesibukan mencari rezeki untuk kehidupan menyebabkan banyak masa yang digunakan untuk mencari rezeki, adakalanya keluar gelap pulang gelap, adakalanya keluar hari ini 2, atau 3 hari baru pulang, ada kalanya pergi tidak kembali.

Dengan adanya cara pembelajaran membaca Al Quran di rumah yang di ajar oleh guru yang berpengalaman dan betul, isya Allah belajar membaca Al Quran menjadi lebih mudah.Untuk mengetahui lebih lanjut boleh berhubung terus dengan Ustaz Abu Anas Ajmain