Pages

Sakit kaki

Sakit, itu tanda Allah sayang. Jika terlupa kepada maha kaya yang mencipta di waktu sakit sudah pasti teringatkan Nya. Dasar manusia mudah lupa.

Ibu jari kaki kanan aku sakit bukan kepalang gara-gara tergelincir ketika turun tangga, begitulah kalau kelam kabut, tidak lama lepas ia hampir pulih dalam beberapa hari...bahagian bawah ketin pula sakit bukan kepalang selepas bangun dari tidur.
Wow...yang ini lagi sakit sampaikan berjalan pun dah tak betul...terjingkut jingkut macam hero tv sicapik.

Heran juga kenapa tiba-tiba boleh sakit, mungkin ada kaitan dengan jatuh yang berlaku pada beberapa hari yang lalu...tetapi pada masa tersebut tidak pula ia merasa sakit pada bahagian bawah ketin. Mungkinkah kerana gara-gara makan sayur lemak pucuk ubi semalam. Pucuk ubi kalau tak tahan memang masuk angin dalam badan. Boleh jadi la rasanya.

1 comment:

  1. barangkali itu tanda ingatan buat tuan agar lebih berhati2 & tidak kelam kabut di masa depan. saya pun selalu cuai juga sampaikan tak perasan bila & bagaimana saya boleh dapat luka, kelam kabut punya pasal katakan... :)
    mohon tuan terus berkongsi pengalaman teknikal tuan buat tatapan panduan kami semua, terima kasih... :)
    -Ain Lam Mim-

    ReplyDelete