Sudah agak lama tidak berkunjung ke pasar malam, tapi aku datang petang kerana malas nak bersesak-sesak lagi pun di sini tiap-tiap malam ada pasar malam yang tidak rasmi. Kali ini beli laksa dua bungkus harga rm2.50 setiap satu dan keropok lekor rm4.00. Ternampak pula kebab dua ringgit, biasanya kebab rm2.50 pada tahun lepas, tapi tahun in sudah jadi harga rm3.00.
Disebabkan tertarik dengan harga dua ringgit beli la 3, tetapi tersilap beli pulak teringin nak makan kebab yang bersalut roti putih, tapi terbeli kebab yang salut roti panjang. Tapi tak mengapa dah beli makan sajelah. Rasa kebab dua ringgit ini sesuai dengan harganya jadi tidak perlu nak komplen, makan sajalah sedikit lagi pun anak-anak ada sure habis.
Kesimpulannya harga murah lain macam mesti ada sebab kalau nak yang sedap beli yang mengikut harga biasa.
No comments:
Post a Comment