Sedang nyenyak tidur tiba-tiba di kejutkan oleh isteri dan menyatakan beliau menerima satu panggilan telefon dari seorang ahli bomba tidak lain dan tidak bukan ialah abang ipar aku, waktu dalam 1230am. Beliau mengalami masalah kereta rosak ketika menuruni jalan genting Highland.
Aku pun bersiap-siap untuk ke lokasi kejadian, dan cuba call tetapi talian tidak begitu baik mungkin disebabkan oleh aku sendiri pun tidak mengetahui. "Pegi sajalah...kalau ada kereta rosak tepi jalan dia la tu" kata ku dalam hati. Sudah hampir 2 tahun tidak memandu sorang-sorang pada lewat malam sebegini dengan dikelilingi hutan gelap gelita, rasa cuak pun ada tapi memang tak ada apa-apa pun.
Sampai ditempat kejadian ada sebuah lagi kereta rupanya rakan lama beliau yang sama tempat kerja sebelum ditukarkan ke pahang. "dia orang datang tapi datang saja apa pun tak bawak apa-apa pun tali, torchlight pun takde hampeh punya kawan". Kata abang ipar kepada aku. Aku gelak saja... "kau ada torchligt atau lampu besar ke" aku jawab apa pun takde, xpelah hidupkan enjin kereta aku jelah , bagi kawasan ini terang. risau jugak kalau orang terbabas kat layan corner semasa turun pasti menghentam belakang kereta yang sedang di parking di pinggir jalan.
Jalan ini kebanyakan pemandu selalu pandu laju, tidak kira naik atau turun bukit. Dan tidak kurang test power kenderaan ala-ala initial D. Dah call TONTO ke belum tanya aku, dah call tapi ada kat jalan kucing lagi....jauh lagi rupanya.
Kerosakan adalah berpunca dari skru pulley tercabut- apabila pulley sudah tidak duduk pada shaft mengikut ukuran yang betul enjin gagal berfungsi- pulley shaft piston dengan pulley cam perlu sejajar ia dihubung dengan timing belt. Ia juga mungkin boleh menyebabkan valve bengkok, tapi boleh jadi valve mungkin tidak bengkok tengok la esok apa jadi terang abang ipar ku.
No comments:
Post a Comment