Pages

Membaiki pili paip air

Membaiki pili paip air patah, untuk menyelesaikan masalah ini tiang terpaksa di hack kerana bahagian pili yang telah patah bersambung dengan elbow tidak dapat dikeluarkan. Sekiranya bahagian pili yang patah boleh dikeluarkan maka tidak perlu dihack tiang tersebut. Selesai kerja hacking mengunakan tukul dan hacker, pipe perlu diumpil keluar sedikit untuk membolehkan bahagian atas paip yang bersambung dengan elbow dipotong menggunakan mata gergaji besi , memotong agak sukar kerana kawasan yang terhad dan sempit.

Setelah siap di potong bahagian atas paip perlu dibersihkan, cara terbaik buka valve main paip dan biarkan air keluar dan bersihkan tujuan membiarkan air keluar untuk membolehkan sebarang serpihan dan bendasing dari  dalam paip keluar. Apabila selesai sapukan gam pada hujung paip dan elbow yang baru dan lekatkan kedua-duanya dan tunggu gam tersebut kering. Jika gam sudah benar-benar kering pasang pili baru pada elbow dan tidak lupa letakkan white tape pada thread pili sebelum memasang.

No comments:

Post a Comment