Proton wira 1.5 auto buat hal lagi, enjin semput tiada kuasa macam tiga slinder saja yang berfungsi. Sejak power distributor original kena tukar kadar enjin semput berlaku sudah beberapa kali. Alhamdulillah tahun ini baru sekali dan kejadian hanya dirumah maka tidaklah menyukarkan sangat keadaan.
Pemeriksaan awal didapati power dari distributor semua ada, berkemungkinan besar masalah datang dari spark plug. Disebabkan perasaan malas untuk membuka spark plug ada, maka cara terbaik adalah aku pergi ke workshop biasa tukar plug. Alhamdulillah ok.
Spark plug bukan main kotor lagi...agaknya kenapa ye...jika pembaca rajin beri pendapat ye, tq.
Cerita yang patut memberi keinsafan
Kisah ini amat menarik untuk dibaca dan diselami semoga ia memberi iktibar pada kita semua.
Klik disini untuk baca
Klik disini untuk baca
Anak kucing dan susu
Ada dua ekor anak kucing, yang belum diketahui hidup mati ibunya, yang pasti ibunya sakit sudah 2 hari tidak pulang dan jika pulang pulang pun hanya duduk diluar pagar kerana tidak ada upaya untuk menyusukan anaknya. Tidak dapat dipastikan penyakitnya kerana aku bukan doktor haiwan, mungkin disebabkan anaknya mati dalam perut.
Nak di buang nanti mati pula anak kucing kerana, tak pandai cari makan lagi. Alternatifnya pelihara dulu supaya ia tidak mati. Memelihara kucing bukan hobi aku. Problem nak bagi makan kerana anak kucing masih menyusu. Teknik memberi susu adalah menggunakan picagari, apa boleh buat tiada puting yang sesuai. Yang penting perut anak kucing dapat susu.

Subscribe to:
Posts (Atom)