Pages

Belajar membaca Al Quran di rumah

Al Quran adalah kitab suci bagi umat islam, membaca Al Quran amat banyak manfaatnya. Belajar membaca Al Quran amatlah dituntut kepada semua umat islam. Akademi kemahiran Al Quran ada menyediakan perkhidmatan pembelajaran membaca Al Quran , menariknya guru yang mengajar boleh datang ke rumah atau lokasi yang dipilih oleh peserta yang ingin belajar membaca Al Quran.

Kaedah ini amat sesuai kepada masyarakat masa kini yang sibuk dengan urusan seharian. Maklumlah kesibukan mencari rezeki untuk kehidupan menyebabkan banyak masa yang digunakan untuk mencari rezeki, adakalanya keluar gelap pulang gelap, adakalanya keluar hari ini 2, atau 3 hari baru pulang, ada kalanya pergi tidak kembali.

Dengan adanya cara pembelajaran membaca Al Quran di rumah yang di ajar oleh guru yang berpengalaman dan betul, isya Allah belajar membaca Al Quran menjadi lebih mudah.Untuk mengetahui lebih lanjut boleh berhubung terus dengan Ustaz Abu Anas Ajmain


No comments:

Post a Comment