Pages

Cermin kereta kena pecah

Muskil juga kenapa kereta tua aku yang cat banyak mengelupas dipecah masuk, sedangkan banyak kereta lain yang cantik dan baik , tetapi kereta uzur ini juga terpilih untuk dipecahkan cermin dan habis diselongkar, apa yang di cari oleh makhluk yang tak di undang.

Alhamdulillah hanya tool box sahaja yang hilang...jika difikir muskil juga kasut kulit dan radio tidak diambil sekali, mungkin makhluk tersebut kesian agaknya tetapi hanya Allah saja yang tahu. Walaubagaimana pun cermin yang dipecah perlu aku ganti...sehingga kini sudah 2 minggu belum berganti, sedang mencari cermin tingkap yang berharga agak murah ya sudah tentu cermin terpakai penyelesaiannya.

Melihat iklan dimudah.my cermin terpakai untuk kereta wira dalam 80 ke 200 itu harga untuk 6 keping tetapi aku hanya perlu 1 sahaja, kebanyakan penjual menjual 6 keping sekali, nampaknya perlu mencari kedai potong untuk survey harga dululah.

No comments:

Post a Comment