Pages

no u turn

Ramainya orang kata seorang anak muda yang parking bersebelahan dengan kenderaan ku..."ada orang mati" jawab aku selamba berdasarkan van mayat berada di depan masjid. Kebiasaannya kenderaan dan orang tidak seramai ini, tidak lama kemudian nampak beberapa orang lelaki bebaju melayu kemas kelihatan seperti orang nak bernikah.

Setelah memasuki ruang masjid memang sah ada orang nak menikah kerana terdapat berbaris dulang hantaran dan tidak pula nampak keranda mayat, mungkin silap telahan aku tadi. Kelihatan imam berbincang sesuatu dan tak lama selepas itu pengumuman dari bilal " assalamualaikum..diminta kepada para jemaah supaya dapat meluangkan masa untuk sembahyang mayat selepas solat asar".

Suasana begini belum pernah dilalui iaitu dua perkara berlaku ditempat yang sama, yang satu berpindah ke alam barzakh dan satu lagi berpindah ke alam rumah tangga. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat dan juga peringatan kepada aku yang masih hidup ini.

No comments:

Post a Comment