Pages

Pisang tidak berbuah dua kali

Pepatah melayu menyebut pisang tidak berbuah dua kali, ya kenyataannya memang benar, tetapi setiap pokok pisang akan menghasilkan banyak anak pokok pisang. Anak-anak pisang tersebut boleh digunakan untuk benih baru tanaman semula di kawasan lain.

Buah pisang juga ada peminatnya selain haiwan yang menggemari pisang iaitu pencuri pisang kecil-kecilan. Hal ini menjadi rungutan kepada penanam pisang skala kecil terutama di kawasan tanah yang tidak berpagar. Pisang sudah berbuah dan menunggu masa untuk di petik tetapi sampai masanya tinggal pokok pisang sahaja, itulah rungutan dari beberapa penanam pisang secara suka-suka dan sambilan.

Setandan pisang anggaran harga jualan kasar rm28-rm30( anggaran sahaja).Tempoh untuk mendapat hasil lebih kurang setahun. Tips bagaimana untuk mendapatkan pisang yang berkualiti. Caranya apabila pisang sudah mempunyai jantung dan sesuai untuk di cantas, cantas jantung tersebut ambil plastik isi baja urea dan sarungkan ke hujung bahagian tempat cantas tadi dan ikat sebaiknya.

Buah pisang akan mendapat sumber vitamin direct melalui baja urea tersebut dan menghasilkan buah yang besar dan cantik. Selamat mencuba jika belum tahu.




Pisang tidak berbuah dua kali, tetapi pencuri pisang ada kemungkinan dapat pisang lebih dari dua kali.

1 comment:

  1. terima kasih atas tips tuan yg berharga! moga berguna kepada para pekebun kecil & orang perseorangan, Insya Allah... :)

    lawak juga wak ni ya? saya paling suka pisang emas...
    -Ain Lam Mim-

    ReplyDelete