Enjin kereta apabila di selaputi minyak akan menyebabkan enjin kelihatan kotor berwarna hitam, tambahan pula apabila debu dan pasir sudah melekat disekitar kawasan lelehan minyak memang kotor dan melekit. Ini yang aku alami pada kereta wira 1.5 auto, kebocoran minyak enjin sudah berlaku lebih dari setahun tetapi buat tak tahu saja selepas mekanik kereta suspect minyak keluar melalui o-ring berhampiran coil distributor atau dari enjin head cover atau dari slinder gasket (pemeriksaan melalui deria mata tanpa mencuci enjin dahulu).
Mekanik mencadangkan cuba tukar o-ring pada bahagian berhampiran coil distributor , tetapi minyak enjin masih lagi keluar selepas digunakan beberapa hari kemudian
(enjin tak basuh jadi tidak dapat di pastikan lokasi kebocoran-pengesan kebocoran adalah melalui jumlah minyak yang semakin surut), ini bermaksud bukan o-ring yang rosak tetapi pada bahagian lain mungkin pada slinder head cover atau slinder gasket. Setelah beberapa bulan satu hari di rumah aku cuba pulas skrew pada slinder head cover menggunakan spana..ushh longgarnye...mungkin ini sebabnya. Aku ketatkan skrew kesemuanya secukup rasa dan tengok apa jadi, jika pasal skrew longgar selesai masalah. Jawapannya kena tunggu la waktu bonet depan dibuka semula untuk melihat keputusannya.
Basuh enjin kereta dikedai rasa macam fobia kerana kesilapan pencuci kereta rosak coil, dah takdir la tu.
Janganlah Berdukacita
11 years ago
No comments:
Post a Comment