Krisis mesir dan bagaimana nasib rakyat malaysia di sana, di dalam akhbar, TV dan internet sibuk memperkatakan perkara tentang krisis di Mesir yang berlokasi di Kaherah. Apabila berlaku krisis sehingga darurat banyaklah sekatan yang berlaku samada sekatan makanan, perhubungan dan sekatan jalan raya.
Masalah akan dihadapi oleh rakyat termasuk rakyat Malaysia di Mesir dan kebanyakan adalah pelajar-pelajar. Menurut akhbar harian metro hari ini syarikat pembekal internet terakhir telah ditutup yang mana sebelum ini telah banyak syarikat pembekal internet ditutup semenjak bermulanya krisis Mesir.
Untuk mengetahui perjalanan krisis Mesir dan nasib rakyat kita boleh lawati http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com dan ada banyak lagi blog yang menulis tentang krisis mesir dan nasib rakyat kita, apa yang perlu hanya gunakan enjin carian google.
Semoga semua yang berada di Mesir dan terlibat dengan krisis ini dapat bersabar dan dipermudahkan urusan serta perbanyakkan doa. Mudah-mudahan semuanya akan berakhir dengan baik dengan bantuanNya.
Janganlah Berdukacita
11 years ago
No comments:
Post a Comment