Jika anda peminat kereta kawalan jauh ini sedikit tips untuk anda, ianya berisiko jika tidak berani jangan mencuba.
Jika anda membeli bodyshell kereta kawalan jauh china made iaitu yang berharga dalam lingkungan rm30-rm60 kebanyakannya sudah siap cat dan selalunya tidak enak dipandang oleh sesetengah orang. Ok, bagaimana untuk menanggalkan cat tersebut tanpa merosakkan bodyshell? Dari beberapa percubaan yang telah merosakkan beberapa bodyshell akhirnya dapat 1 cara untuk menanggalkan cat tanpa merosakkan bodyshell dan cara ini hanya menggunakan barangan yang sedia ada di kedai berhampiran dirumah.
Peralatan:
1. thinner
2. minyak petrol
3. minyak gear kereta auto (minyak ini sahaja yang ada dirumah belum cuba minyak dot3)
4. kain bersih
5. air dan sabun untuk mencuci
Ambil 1 bahagian thinner dan campurkan 10 bahagian petrol, masukkan dalam bekas yang bersesuaian dan kacau sehingga sama rata. ambil kain bersih celupkan dalam campuran tersebut dan gosok pada bahagian bodyshell yang hendak ditanggalkan catnya, sekiranya cat agak sukar ditanggalkan tambahkan lagi sedikit thinner kedalam bekas campuran thinner dan petrol.
Cuba tambah sehingga puas hati, ok sekiranya sudah berhasil menanggalkan cat, ambil minyak gear dan sapukan pada permukaan cat yang sudah tanggal. Akhirnya sekiranya sudah berpuas hati basuh bodyshell dengan air dan sabun, gunakan air yang banyak jika direndam lagi baik. Seterusnya apabila sudah bersih pasti akan ada kesan cat yang tertinggal, ulangi lagi langkah awal, untuk membuang cat pada bahagian celahan boleh gunakan putik kapas.
Peringatan - boleh cuba jika berani dan risiko tanggung sendiri, sebarang kerosakan adalah tanggungan anda. Dilarang merokok dan jauhkan sebarang benda yang mudah terbakar, thinner dan petrol mudah terbakar.
Ini adalah hasilnya...baru sebahagian siap dan bahagian yang telah dibuang cat tidak rosak, samada kabur atau meleding.
Janganlah Berdukacita
11 years ago
Kalau untuk body jenis lama yg keras mcamna?macamna nk cat semula?
ReplyDeleteYang itu, bro kena la cuba, saya belum try:)
ReplyDeleteBro bila dah buang cat..ada link or cara tak utk cat semula mengikut design yg kt nak?
ReplyDelete