Pages

Memasang cermin kereta wira

Post ini adalah sambungan dari cermin kereta wira pecah. Ok, setelah membuat beberapa survey harga cermin tingkap dari kedai mudah.my dan kedai potong ( kedai barangan kereta terpakai) pilihan yang paling baik adalah membeli dari kedai potong yang berhampiran kerana boleh pilih barang dan boleh berkenal-kenalan. Harga yang ditawarkan adalah rm50 sekeping dan aku beli juga satu set power window motor rm50 untuk pintu kiri juga sudah hampir 1 tahun tidak berfungsi.

Pekerja kedai potong memberi offer untuk memasang tetapi aku katakan aku akan pasang sendiri kerana memasang cermin dan motor power window bukanlah satu kerja yang susah, ianya hanya plug and play sahaja. Buka yang lama dan pasang yang baru dan sesuai dengan wang yang ada dalam poket cukup-cukup untuk membeli barang sahaja:). Setelah berpuas hati dengan barang yang dipilih aku pun membayar. Sempat juga bersembang berkaitan dengan gearbox wira manual 1.6, agak sukar untuk mendapatkan stok katanya terutama jika ingin membeli gear 5 sahaja. Aku bertanya kerana kereta aku hanya boleh berfungsi dengan baik sehingga gear 4 sahaja, jika masuk gear 5 sure jadi free gear, tetapi kalau nak guna gear 5 juga kena la pegang tombol gear ..letih.






No comments:

Post a Comment