Pages

Renovate rumah

Duit upah dah habis bayar kerja tak siap-siap lagi" pak ali merungut aku sengih aje mendengar rungutan..apa kes pak ali..depa duk buat dapoq tak abih lagi alasan barang takdak..padahal barang yang ade tu banyak buat la yang mana ada.

Eh hang boleh pasang tiling tak? tanya pak ali...pasang tu boleh kalau takat sikit-sikit lantai saja kalau dinding tak berani kang tanggal plak..ginila kalau pak ali nak suruh saya , sebenarnya saya tak konfiden kecuali ada seorang lagi yang pro. Kalau nak kawan saya ada dia memang dari umur belas2 dah buat rumah tolong bapa dia dan kalau nak buat rumah sebuah pun boleh cuma sekarang ni dia dah tak berkecimpung sangat dalam bidang ni, kerana dia full time jual kopi tapi biasanya tengahari ke petang dia dah tak berniaga kerana berniaga di pasar pagi sahaja. Kalau kerja pasang tile ni dia mau rasanya sebab saya ada juga tolong dia buat kerja jika ada kerja di kawasan dekat-dekat sini,nanti saya beritahu.

Kenapa tak bagi kerja ni pada orang yang ada sekarang? ahh tak payah la..dia orang kerja dah banyak tu yang rumah aku tak siap-siap lagi, datang kejap lepas tu pergi rumah lain buat kerja. Sabarla pak ali moralnya duit jangan bagi habis dulu selagi kerja tak siap. Cadangan malam tadi bawa kawan jumpa pak ali, tetapi tidak berjaya kerana beliau perlu balik kampung, malam ini mungkin ya.

No comments:

Post a Comment