Pages

Skil jigsaw

Jigsaw adalah antara peralatan yang perlu untuk kerja-kerja ketukangan kayu, ianya juga boleh digunakan untuk memotong plastik, besi dan aluminium. Skil jigsaw adalah salah satu jenama yang ada dipasaran selain bosch, makita dan lain-lain jenama.

Skil jigsaw berkuasa 400watt, mempunyai kelajuan boleh laras untuk disesuaikan dengan jenis bahan yang akan dipotong. Jigsaw boleh digunakan untuk memotong lurus, potong lengkung, potong bulat dan matanya boleh dilaras dari 0 darjah ke 45 darjah.

Bilah mata alat Skil jigsaw adalah sama dengan jigsaw jenama Bosch, jadi untuk mendapatkan alat ganti bilah mata alat ianya agak mudah kerana bilah mata alat jenama Bosch mudah diperolehi dikedai-kedai hardware berhampiran.

No comments:

Post a Comment