Pages

Bumbung rumah bocor

Apabila rumah dimasuki air melalui bumbung..teringat 30 tahun lalu dirumah kampung atap nipah dan zink yang telah usang, setiap kali hujan pasti mencari baldi atau timba untuk menadah air yang jatuh dari bumbung yang tiris.

 Suasana ini masih terjadi walau pun rumah beratap genting seperti sekarang, ia akan tetap berlaku apabila kesilapan pemasangan genting , kerosakan/pecah genting atau pemasangan tidak sempurna. Hal ini terjadi apa bila beberapa bahagian rumah yang ku duduki mengalami kebocoran, yang memuskilkan adalah bukan setiap kali hujan ia bocor. Setelah beberapa bulan meneliti punca kebocoran denga berulang alik memanjat syiling hanya 1 kawasan kebocoran dapat dibetulkan, yang selebihnya masih belum berjaya kerana apabila dilihat dengan mata kasar tiada sebarang regangan atau kesilapan pemasangan.

Bukan tidak mahu mengupah kontraktor membaiki bumbung, sebelum ini pembuat rumah ini telah cuba menyelesaikan masalah kebocoran ini tetapi masih tetap berlaku. Kesimpulannya lebih baik cari jalan sendiri. Dengan berbekal sedikit pengalaman membantu rakan menukar tangki air, beliau telah mengajar cara bagaimana membuka dan memasang atap genting yang betul serta cara masuk melalui atap genting. Dari pengalaman tersebut dapat digunakan untuk memperbaiki kerosakan atap genting dirumah sendiri tanpa kos, cuma yang penting perlu berjaga-jaga apabila berada ditempat tinggi dan curam.

Terkini dua kebocoran cuba diperbetulkan semula dan ini kali kedua dilakukan, pada zahirnya keadaan bumbung memang perfect tetapi apabila hujan habis rak buku digenangi air dan merosakkan buku-buku yang ada. Disebabkan bumbung yang perfect tetapi bocor, keputusan diambil dengan mesisipkan 3'x3' sheet aluminium. keputusan belum diketahui samada berhasil atau tidak kerana belum ditimpa hujan lagi.Aluminium dipasang kerana berangapan air masuk melalui celahan genting dan zink sedia ada. Kebocoran hanya berlaku apabila hujan dan angin bertiup kuat.

No comments:

Post a Comment