Pages

Kenal Pasti Fuel Pump Kereta Rosak

Adakah kita tahu bila fuel pump akan mengalami kerosakan atau tidak berfungsi?  tiada jawapan untuk soalan tersebut, mungkin orang-orang yang arif tentang kereta ada jawapannya. Jawapan  hanya berpandu kepada pengalaman terhadap masalah tersebut.

Aku dan rakan telah selesai menikmati sarapan pagi dan bergegas ke kereta untuk menghidupkan enjin kereta, setelah suis di ONkan, starter pun bekerja untuk menggerakkan flywheel, tetapi gagal setelah beberapa kali percubaan. Muskil...kenapa tidak mahu hidup enjin sedangkan tadi dari rumah tiada masalah.

Alhamdulillah kejadian berlaku hanya dalam anggaran 300meter dari workshop kereta yang biasa aku selalu langgan. Dengan tidak membuang masa aku menuju ke workshop kereta untuk mendapatkan bantuan. Setelah mekanik cuba menghidupkan enjin kereta "ini fuel pump rosak" katanya. "macam mana tahu?" aku bertanya.

"Ok, cuba perhati sewaktu suis ignition di ONkan tiada sebarang bunyi kedengaran. Jika fuel pump berfungsi dengan baik, sewaktu suis di ONkan akan ada kedengaran bunyi fuel pump (perlahan sekejap)energize" kata mekanik.

Kereta sudah tidak boleh bergerak, maka kena tarik la kereta aku dengan jeep daihatu 4wd milik taukey bengkel kereta. Fuel pump berada di bahagian atas tangki kereta, gunanya untuk menyedut minyak dan mengalir masuk ke bahagian fuel injection unit atau karburator bergantung kepada jenis kereta.

"Nak yang local atau original" tanya mekanik. "Apa bezanya" tanya ku. "Kalau murah bunyi kuat sikit, kalau tak suka ada bunyi kuat pilih yang original bunyi sekejap masa ignition" katanya. "Pakai yang local sudah la, setakat bunyi aku tak kisah asal berfungsi dengan baik". Harga murah sikit , lagi pun ia tetap berfungsi dengan baik, bezanya hanya ada sedikit bising berbanding yang original.

Jika anda mengalami fuel pump rosak ikut suka anda nak pakai yang mana satu.

53 comments:

  1. Aslkm....tuan saya ada wira 1.5 auto masalahnye enjin tiba2 semput, pastu enjin mati bila saya start semula enjin hidup tapi enjin begegar bila saya cek pelak saya dapati dua pelak bila cabut enjin mati tapi pelak tak basah tuan...tolong bagitau tuan apa lah masalahnye....aslkm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Distributor dah check??

      Delete
    2. Fuel filer sumbat, tukar baru... fuel filter bawah kereta dkt dgn tangki.

      Delete
  2. Maaf tuan sambungan lipa lagi satu...ok bila masuk gear je enjin mati....

    ReplyDelete
  3. Salam Bro..kos berapa?..nk tau,keta saya mcm nak jd gitu je..

    ReplyDelete
  4. Brapa ye biasanya kos baiki fuel pump...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rm300 yg original bosch..denso pon ok tp xtaw bape harga...

      Delete
  5. Pakai bosch rm300 lebih siap pasang..baru ok..saya penah pakai cap ayam 2minggu je dah ko harga rm120..yg penting fuel pump kena sentiasa tenggelam ngn petrol ntok elak cepat rosak..pastu fuel filter tukar lah setahun sekali...masalah yg berkait rapat

    ReplyDelete
  6. Sokong.. sbb fuel pump panas, so seeloknya jgn biar tangki kosong memanjang, isi biar full tank.. sbb petrol menyejuk kan fuel pump tersebut..

    ReplyDelete
  7. saya nak tanya,kat mana letak relay fuel pump kereta pesona

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat mana letak relay fuel pump gen 2

      Delete
    2. Kat bawah dashboard dalam kabin sebelah kanan sekali.

      Delete
    3. Saya ada buat satu posting dalam blog saya berkenaan kedudukan relay fuel pump untuk model Gen2. Boleh baca lanjut di sana.

      Secara asasnya, ia ada di bawah stereng, tapi ditutup sebab itu tak perasan.

      Rujuk blog saya :

      blogmohdmaza.blogspot.com

      Delete
  8. kereta saya kalau start pagi kadang mati sendiri kenapa ea

    ReplyDelete
  9. kereta saya kalau start pagi kadang mati sendiri kenapa ea

    ReplyDelete
  10. saya baru amik saga dlm 3 tahun...hari isnin kete xleh start...bl dah boleh stat time bergerak die sengguk2...so saya anta g bengkel..lps cek pomen bgth yg fuel pump prob..sbb br 3thn adakah xmustahil fuel pump ni ade risiko kerosakan juga..n had paling minimum minyak harus di takuk brape...

    ReplyDelete
  11. aku pon kne dah bro.. kete x leh idup.. kalau idup pon bile x tekan pedal minyak nanti die mati. masak2.. original proton punye harga dlm 450.00

    ReplyDelete
  12. Saya nk tanya van vanette tgh drive tiba2 ada terasa semput2 tapi tak mati enjin...apa puca dia dan kos repair brp

    ReplyDelete
  13. Woww...kete ak pn bru kne ni..time nk start xhdup..kne tkn pedal myk acap kali n pastu start bru hdup..original proton rm395..tepuk dahi��

    ReplyDelete
  14. Macam mana nak tukar fuel pump proton saga flx

    ReplyDelete
    Replies
    1. Die terletak dibawah seat belakanh

      Delete
    2. Die terletak dibawah seat belakanh

      Delete
    3. Ada video cara2 nk tukar x fuel pump proton saga fl?

      Delete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Info pkongsian yg bgs..myvi sy br mgalami masalah yg sma..pggil pomen kena paw rm500 utk tukar filter myk n servis starter..nasib x jd ambi khidmat pomen tersebut sbb muskil dgn pendapat dia masa tu...nsb lepas baca artikel ni n tukar fuel pump keta ok bole start..nasib ade mmber keje halfcut jual fuelpump dlm rm50 je...diy je utk jimat kn kos..

    ReplyDelete
  17. Wira se kata org nak kne turun tanki minyak. Berapa modal hbis nak tukar fuel pump tu? Siap dgn upah

    ReplyDelete
  18. Wira se kata org nak kne turun tanki minyak. Berapa modal hbis nak tukar fuel pump tu? Siap dgn upah

    ReplyDelete
  19. salam bang. spark plug saya jadi mcm putih berhabuk. macam minyak xcukup. adakah disebabkan fuel pump bermasalah?..xdapat sedut minyak dengan baik?..terima kasih

    ReplyDelete
  20. Salam cuma nak berkongsi. Seringkali wokshop akan terus suruh tukar fuel pump sebagai penyelesaian. Mahal tu. Dan mungkin problem nanti datang balik. Sebelum kita tergesa tukar fuel pump, suruh dia check menda lain dulu. Cth fuel pump fius, relay, wiring, pressure dan sebagainya. Pendek kata kalau kedai tu pakar, rajin atau ikhlas dan dah check semua tu barulah kita tukar f.p. saya punya masalah relau swith tu jer. Itupun selepas ambil pendapat kedua member rapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tanya mana letak fuel pump relay wira VDO karburetor? enjin mati tiba-tiba. nk start tak hidup dah..

      Delete
  21. Terima kasih atas perkongsian maklumat..

    ReplyDelete
  22. boleh tak bagi senarai mekanik yg jujur & x ambil kesempatan...akak ni ibu tunggal persona ni asyik meragam sekali hantar repair 300-400..biasalah klu owner perempuan asyik kena paw ngan mekanik...nangiss😢😢

    ReplyDelete
  23. boleh tak bagi senarai mekanik yg jujur & x ambil kesempatan...akak ni ibu tunggal persona ni asyik meragam sekali hantar repair 300-400..biasalah klu owner perempuan asyik kena paw ngan mekanik...nangiss😢😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. 0125590640 mkenik sg ptani kdh.klu dok kdh la..

      Delete
    2. Akak dok dimana.?!

      Delete
  24. nak hidup kereta kena tekan pedal minyak baru boleh hidup lagi 1 susah nak hidup enjin kereta sampai beteri kereta kong

    ReplyDelete
  25. Baru kena kat LPT kereta tetiba rosak tak boleh jalan...enjin tak boleh hidup ...rupanya Fuel Pump rosak..kena 680 sbb hari minggu dan malam...Fuel Pump jenama DENSO harga RM380

    ReplyDelete
  26. Saya baru tukar fuel pump kereta kelisa. tapi meter minyak jadi tak betul. kenapa ye?

    Masalah fuel pump kereta Kelisa

    ReplyDelete
  27. salam bang, meter minyak proton persona baca tak betul apa masalah ya? Meter minyak mnujukkan bacaan ada 1 level lg, tp minyak dalam tangki dah kering

    ReplyDelete
  28. Biasenya pomen bg solution mudah "fuel pump rosak"
    Sbnarnya kekdg wiring ke fuel pump yg rosak atau relay fuel pump.

    Dua benda ni biasa pomen malas nk buat sbb leceh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya setuju. Kadang sebab soket longgar je. Kalau boleh cuba cek sendiri dulu, atau dptkan rakan yang ada pengetahuan untuk bantu cek.

      Delete
  29. Slm bang, sy ada mslh enjin crank tp xnak hidup. Kalo nk hidupkan jgk, kena jump start dgn kete lain. Bateri bru. Alternator msh elok. Lampu semua on, xde mslh malap atau sbgainya. Yg sy prsan fuel pump dh xkuar bunyi 'bzz' masa on kunci. Soalan sy.

    1. Mcna nak pastikan yg fuel pump tu yg rosak. Sy nk htr kedai cek tkt kena sembelih hidup².
    2. Kat mna relay dan fuse fuel pump kete jenis mazda bt50 buatan 2008? Sy dah carik seharian tp msh xjumpa. Cma jumpa fuse yg biasa² jer.

    Mazda BT50 (model 2008)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mksd sy, lokasi relay dan fuse fuel pump kt kete tue. Nk cek tp xtau nk crik kt mna.

      Delete
  30. Untuk saudara Onexoxfadyll, saya cadangkan tuan buka tempat fuel pump tu, dan cek wiring dia. Cuba cari soket penyambung wire fuel pump tu. Kadang2 sambungan longgar atau ada yg terbakar.

    Cara kedua, cabut penyambung wire pada pump, dan guna voltmeter untuk tentukan ada kuasa yang sampai ke pump tersebut bila kunci kereta dipulas ke "ON".

    Cara ketiga, cuba sambungkan secara direct bateri 12v ke pin positif dan negatif (tuan kena cuba tentukan sendiri kedudukannya yang mana satu pakai voltmeter tadi - jangan tersilap) pada pump tersebut untuk cek sama ada pump itu masih hidup atau tak.

    Semua cara di atas sekadar cadangan dan atas risiko tuan sendiri. Ia tak semestinya betul. Saya tidak bertanggungjawab dengan hasilnya nanti.

    ReplyDelete
  31. Haritu saya kena untuk fuel pump saja 700 �� Memang betul ke tu harga dia? Saya pakai viva je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setau saya, fuel pump kalau yanh ori pun harga dalam rm200-300 utk model proton. Jadi saya agak, Viva pun lebih kurang je. RM700 tu macam melampau sangat kalau termasuk upah pun.

      Delete
  32. Nak tanya kereta sy kdg2 boleh start dan kdg2 tak boleh start.. kalau boleh start jalan tak sampai 10 minute engin dah mati.. knp yea adakah fuel pump rosak? Ataupun flywheel rosak?

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete