Pages

Perodua myvi kenderaan jimat minyak


Perodua myvi kenderaan jimat minyak? betul ke...aku tidak dapat pastikan ianya betul atau tidak kerana aku tidak punya produa myvi. Pada satu petang sedang aku mengecat pintu grill rumah orang(part time apabila diperlukan dan ada masa) aku berkesempatan berkenalan dengan jiran sebelah rumah tersebut dan salah seorang pekerja produa myvi dan beberapa soalan tentang kereta aku tanyakan antaranya kereta manakah dari kalangan kenderaan produa yang jimat minyak, beliau menyatakan kenderaan yang paling jimat minyak adalah myvi, ianya lebih jimat berbanding kancil. Biar betul! aku hanya mendengar tanpa sebarang komen kerana belum pernah memandu myvi tapi jika kancil satu masa dulu pernah memilikinya ia memang jimat.

Beliau juga memiliki produa kelisa, katanya perjalanan dari batang kali ke perlis hanya rm40 berbanding menggunakan proton waja milik beliau juga rm100 untuk sampai ke perlis. Tetapi untuk lebih jimat lagi pengangkutan utama ketempat kerja adalah motor:) memang tidak disangkal ia memang amat jimat , mudah dan cepat berbanding kereta. Paling penting utamakan keselamatan dalam pemanduan walau apa jua jenis kenderaan yang dipandu.

Lambat tidak semestinya pemanduan baik, laju apatah lagi. Gunakan kelajuan yang bersesuaian mengikut keadaan dan tempat dan arahan hadlaju untuk keselamatan diri dan poket. Jika berkemampuan memiliki pelan perlindungan takaful adalah pilihan terbaik untuk persedian sebarang kemungkinan.

Gara-gara produa myvi jimat minyak kerja mengecat grill terpaksa disambung pada hari seterusnya.

No comments:

Post a Comment