Pages

Peristiwa israk mikraj | Solat itu berat

Ceramah atau forum israk mikraj adalah acara tahunan di Malaysia, dan aku tidak pernah sekali pun sebelum ini pergi melihat dan mendengarnya secara live  bertentang mata selama aku hidup di dunia sebelum ini seingat aku. Tetapi kali ini aku mengambil peluang itu sementara ada waktu di dunia.

Peristiwa israk mikraj sudah sedia maklum adalah nabi muhammad saw naik ke langit bertemu Allah dan turun perintah direct dari Allah solat 5 waktu kepada nabi muhammad saw dan umat. Selain dari itu ada pelbagai peristiwa berlaku, tetapi boleh di cari dalam buku atau paling mudah dan percuma cari menerusi google atau tanyalah ustaz.

Menurut ustaz zamri tv9 yang menjadi salah seorang panel forum, solat itu adalah amat berat(maksudnya paling utama) lihat bagaimana cara ia diperintahkan, ianya direct kepada nabi muhammad saw tidak melalui jibrail sebagai mana perintah-perintah yang lain jibrail adalah pengutusnya. Sedia maklum solat itu tiang agama runtuh tiang, runtuhlah agama.

Kedua, persediaan untuk naik kelangit untuk bertemu Allah hati nabi muhammad saw dibersihkan. Ustaz zamri mengaitkan jika kita mahu berjaya perlu ada persediaan, samada mahu berjaya di dunia dan akhirat perlu ada persediaan.

Hanya perkara ini sahaja yang aku mahu tulis. Marilah kita fikirkan dan usahakan sampai bejaya

No comments:

Post a Comment