Pages

Mana Yang Lebih Utama

Untuk dikongsi bersama mudah-mudahan kita mendapat manfaat, tulisan ini diambil dari blog fathuri
###############################
Kuliah subuh pagi tadi ustaz mengatakan:
“Tanda-tanda orang yang menurut hawa nafsunya adalah mengutamakan yang sunat dan meninggalkan yang wajib”.
Di antara contoh yang diberikan adalah,
Bersolat terawih tetapi solat yang pernah ditinggalkan tidak diganti (qada’).
Bersedekah tetapi ada hutang yang belum dibayar.

Kemudian diberikan contoh cara membayar hutang solat.
Contohnya jika si A tidak solat bermula dari umur baligh (15 tahun) sehingga umur 20 tahun , bermakna 5 tahun si A berhutang solat dengan Allah (yang wajib dibayar)
Cara kira: 5(bilangan solat dalam sehari) x 365 (bilangan hari dalam setahun) x 5 (tahun) = 9,125 solat yang perlu diganti
Kemudian bahagi dengan 5 : 9125 /5 =1825
Bermaksud 1) Bilangan solat Subuh yang perlu diganti adalah 1825 solat, begitu jugalah jumlah solat Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak yang perlu diganti.
Cara bayar: Solat ganti boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja (tiada waktu terlarang untuk solat sebagaimana solat sunat). Contohnya selepas solat subuh atau asar juga boleh solat ganti (solat-solat sunat dilarang dilakukan pada masa ini).
Jika Si A membayar 1 solat setiap hari (contohnya selepas solat subuh dia solat subuh ganti, selepas solat Zuhur solat lagi Zuhur ganti, begitulah juga untuk solat Asar, Maghrib dan Isyak. Kaedah ini akan mengambil tempoh 5 tahun untuk diselesaikan.) Jika Si A berazam berazam mengurangkan tempoh membayar hutang solat itu menjadi 2 atau 3 tahun, bahagikan sahaja jumlah 1825 itu mengikut target yang dikehendaki. Contohnya 1825 /3 =608
Maka 608/365=1.6 atau 2 solat setiap hari (tentu kita tidak berkira dengan Allah …)
Bagaimana jika si A meninggal sebelum habis membayar hutang solatnya? Ustaz berkata, Allah maha mengetahui kesungguhan dan keikhlasan hambaNya. InsyaAllah bakinya Allah akan ampunkan.
Kata ustaz lagi, solat adalah amalah pertama yang akan ditanya di akhirat nanti. Bila solatnya lulus, insyaAllah amalan lainnya mudahlah hisabnya.

Untuk  membaca terus dari post beliau boleh klik di sini


No comments:

Post a Comment