Pages

Anak kucing dan susu

Ada dua ekor anak kucing, yang belum diketahui hidup mati ibunya, yang pasti ibunya sakit sudah 2 hari tidak pulang dan jika pulang pulang pun hanya duduk diluar pagar kerana tidak ada upaya untuk menyusukan anaknya. Tidak dapat dipastikan penyakitnya kerana aku bukan doktor haiwan, mungkin disebabkan anaknya mati dalam perut.

Nak di buang nanti mati pula anak kucing kerana, tak pandai cari makan lagi. Alternatifnya pelihara dulu supaya ia tidak mati. Memelihara kucing bukan hobi aku. Problem nak bagi makan kerana anak kucing masih menyusu. Teknik memberi susu adalah menggunakan picagari, apa boleh buat tiada puting yang sesuai. Yang penting perut anak kucing dapat susu.

No comments:

Post a Comment